0

Go To Sleep Now, Day is Done

Dec 8
Hari yang sama seperti tiap-tiap hari yang lain. mungkin kelainan kali ni, hari aku dihiasi dengan adegan handfon terbang. dikala aku telah memperingatkan diri yang handfon aku ni screen terlebih sensitif, sedikit gegaran akan menyebabkan konkusi kepada sistem touch fon ni. tapi gejala fon terbang tetap berlaku, dan hari ni hampir 1/3 hari aku dipenuhi dengan aktiviti mengetuk fon kat dinding, katel kayu/besi, lantai, serta tempat yang keras dan merbahaya kepada fon sebab sedikit tensi dengan touchscreen yang tetiba berhenti berkhidmat menyebabkan aktiviti-aktiviti WAJIB seperti mesej terpaksa ditunda. tetapi sedikit kekerasan dengan cubaan membelah fon kepada dua, ternyata menggerunkan fon, sistem touch kembali pulih. alhamdulillah~ moga gejala fon terbang akan dibanteras dan pihak berwajib diminta tampil memberi sokongan.

Dec 9
Aku mula merasa bahang kebosanan dikala cuti semester baru diharungi separuh. deadline cuti sem ialah 19 Dec. ada lagi 10 hari yang perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik dan tidak membosankan diri. sejak dari fom 4, aku diperkenal dengan game online Ran Online dan hingga kini aku masih bermain game tu walaupun kezen-kezen aku dah lama berhenti main. cuti ni juga aku berusaha untuk menghabiskan game Call of Duty 6: Modern Warfare 2, dan etcli da abes da pon. dan masih ada 10 hari lagi! terover bajet playing time disitu. mungkin juga aku ingin meluangkan masa untuk membaca novel Eclipse setelah novel New Moon yang tak sempat dihabiskan telah diculik oleh kezen tanpa sebarang notis.

Sepanjang Masa
Setiap malam akan menjadi malam yang panjang. sebab aku sentiasa menunggu tido. tapi tido menunggu bulan. jadi aku tunggu bulan tido, kemudian tido tidak lagi menunggu aku. sebab itu malam sangat panjang.


cut.MySpace
5

Twinight

Dikala malam menjelma, mahupon purnama bersinar atau tidak, muncul suatu perasaan yang aku sudah tau, akan tiba tiap-tiap malam. tak kira malam raya, malam semalam, kelab malam, malam pertama, atau lain-lain malam. ia akan sentiasa membelenggu diriku. tak tercapai akalku, tak termampu kekuatan fizikalku untuk menyembunyikan perasaan itu. tatkala perasaan itu tiba, dentuman kuat pasti akan kedengaran. lenyap bunyi sorakan gadis-gadis dalam cinema yang tergila-gila pabila terlihat six pack Jacob. tak tercabar bunyi dentuman itu dengan bunyi sorakan gadis-gadis.

Lapar. ia muncul disaat waktu malam menjelma. kenapa malam? kerana pagiku, dihiasi dengan tafakur yang aman di atas katil. petangku diisi dengan pembelajaran ilmu serta informasi terkini dari Facebook. cuma malam yang kian kurang terisi. maka perlu ia dicorak, dengan makan. aku seperti seekor vampire yang sistem pemakanan bersifat buffet, kecuali darah. aku juga tidak boleh mendekati darah, kerana sifat vampireku, membuatkan aku pitam melihat darah yang terlampau banyak.

MySpace

Baru sebentar tadi, aku telah menjelajah serata tempat untuk memenuhi perasaan lapar yang bersifat memilih. itu juga sifat vampire, kami memilih mangsa mengikut citarasa. malam ini, mangsaku haruslah memiliki sifat, bau serta rasa burger. hendak dihati meng-order burger McD. tapi atas dasar memandang wallet kering, objektif berubah, mencari gerai burger tempatan. disamping itu dapat menjana ekonomi rakyat setempat. maka, bergeraklah kenderaan ke tempat gerai burger berdekatan. tiba di tempat kejadian. tutup!

MySpace

Tak sangka, malam ini bakal menjadi suatu misi, misi mencari gerai burger yang tak tutup, disamping terma dan syarat*. dari satu jalan ke jalan lain, hampir 1 jam berjalan mencari gerai burger, tidak kelihatan sinar-sinar cahaya lampu pendaflor. barangkali hari ini gerai-gerai burger cuti rasmi tanpa notis? minyak kereta pon hampir habis menghalang aku dari terus memenuhi misi. barangkali tiada rezeki. menjana ekonomi setempat lagi di stesen minyak berdekatan. maka bajet yang dikurnia untuk beli burger, tamat riwayat di stesen minyak.

Maka malam ini, cuma dapat makan angin dijalanan. ia tidak memuaskan. seperti kata Edward, ia seperti kita makan taufu, tapi tidak kenyang dan tidak memuaskan. ia hancur sebelum kita dapat menggigitnya. tiada yang lagi benar dari kata-kata itu untuk menerangkan situasi ini. mungkin esok ada rezeki? menanti hari esok pula.


cut. MySpace
3

Do? Dont.

Datang dan pergi. skali ia datang, sekali ia pergi dan ia takkan kembali lagi. bukan kerna ia tak mahu kembali, tapi aku tidak mahu mnerima kedatangannya. bukan aku mahu ia pergi, tapi ia memilih untuk pergi, dan aku tidak salahkannya kerana kesilapan aku untuk mnerima kedatangannya. aku bkeputusan untuk tidak lagi mnerima kedatangan itu. dan aku berjaya terus berpegang. tapi secara halus, aku telah terima satu kedatangan. aku tidak pernah perasan akan kedatangan itu. terlalu halus shingga aku tak perasan yang aku telah mnerima kedatangan itu. lain. ia tidak sama. ia muncul secara tiba-tiba. dan ia mahu stay. dan aku telah terima dengan kehendak itu. barangkali tiada lagi pemergian? barangkali tiada lagi kesilapan sendiri? apakah khendak itu spertimana yang aku gambarkan? apakah ini persoalan-persoalan yang patut aku persoalkan? aku cuma menerima, dan aku tidak pergi. cuma yang datang boleh pergi. tapi aku harap ia tidak. dan aku cuma mampu berharap.

sometimes, we need to sacrifice things that we want, to get things that we need. but when the time comes, what we want is what we need. the sacrifice?



cut.MySpace
0

091109

09/11/2009. 2nd last paper da ngan slamatnya dijwb. Jwpn terbaek dah ditulis dinukil dibisikkn di buku jwpn STSN1012. Aku mmg trhutang budi ngan Ismeth, kosmet aku yg tlah mmbri info sal topic2 yg salu msok final, fusion reaction, fission reaction, mmg terbaek ah! Msok sbijik2 dlm paper. Itidakimasu kpd Ismeth. Jasamu sampai sem dpn aku knang. Kalo nk aku blnje cucur udang KTAMS, roger je ngan aku. bereh!

MySpace

Dlm pjalanan ke ATM td utk mgeluarkn saki-baki dwet yg dah x sberapa yakni ntuk mgelakkn dwet2 yg da lme tpendam dlm bank tu drpd berkarat, ttbe dpt la mesej dri unexpected uninvited person, yakni adek aku. rupanya arini anniversary mak ngan pak aku bekapel. waa~ naseb bek aku ada sumber brnama adek2 aku, sbb mmg sifat aku mls nk igt tarikh sampai besdey aku pon kdg2 aku lupa. Maka td da sembang sdikit sbnyk ngan org di rumah yg da lma aku tak jmpe sejak aku bertenggek di UKM ni. (bru skali pena blk, tu pon nape ntah aku blk uma aku pon tak egt)

MySpace

Aku mmg salu dperingtkn oleh adek2 trsyg, sbb mreka tak prlu nk igt mcm2 menda brbanding aku ni. ahaha. pe la yg aku igt sngt. mkn je kot. maka mreka2 ini la yg salu jd reminder pd tarikh2 pnting family2 aku, besdey, anniversary, macik2, pacik2, kezen2 dan sbagainya. ada kalanya aku trasa juga mnyayangi mreka2 bdua ni. aku abg pnyayang. titik noktah disitu.

HEPI ANNIVERSARY UNTUK MAMA DAN AYAH! SLAMAT BEKAPEL!

kpd adek2 aku, xpe, Kinder Bueno ada. tp korg share sparuh2 je la.

lpas ni aku da bole join beranniversary kot? ngeh3~


MySpace


cut. MySpace
2

Not Perfect is Good

Sesuatu yg takda disitu, tak brmakna ia trsembunyi. Kdg2 kita yg trlepas pndang. Kita memandang perkara2 yg kita anggap penting, tp kita lupa tntang prkara2 yg kecil yg mlengkapkn apa yg besar dan penting itu. Kdg2 kita tak perasan, kita lupa yg semua manusia tidak sama. Diciptakn brlainan di antara mreka, tetapi brsifat mlengkapi antara satu sama lain. Keunikan manusia ialah kita mlakukan kesilapan. Dari kesilapan itu manusia blajar, dan mencari jalan untuk mperbaiki kesalahan itu, dari situ blaku pmbelajaran, ilmu btambah. Inilah knapa manusia mlakukn ksilapan, supaya mreka blaja. Jika kita mlakukan ksilapan, kita patot brbangga, sbb kita sedar, kita cuma manusia. Tak lebih dan tak kurang dari itu.

MySpace

Manusia juga bsifat plupa. Aku kdg2 tlupa yg mnusia lain tak sama mcm aku. Aku cuba merasionalkn sesuatu kpd org lain mgikut fahaman akalku, tp bila org lain tak faham, aku jd tak suka. Tp skrang, aku prlu igt, mereka bukan aku, dan aku bukan mreka. Bukan salah mreka jika mreka tak faham, tp salah aku krana mganggap mreka sama mcm aku. Kdg2 kita mnegur manusia lain krana kita fikir prkara yg kita tegur itu tak betol, salah. Tp mnjadi masalah bila org lain mnegur kita, kita taknak trima. Toleransi, open-minded, sila blaja 2 prkara itu. Bukan sume org bole ikot teguran itu, tp at least, ada toleransi untuk amek tguran itu ngan open-minded. Pandangan akal itu luas, jgn sempitknnya.

MySpace

Kita asyik memandang perkara yg besar, yg mnonjol, yg penting, sampai kdg2 kita langsung tak pedulikn prkara yg kecil dan halus itu. Tp barangkali prkara yg kecil itu lebih indah dari prkara yg kita anggap besar. Ia sperti kita mlihat bulan purnama, tp kita tidak perasan wujud bintang2 yg bgemerlapan dikelilingnya. Jika kita asyik fokuskn kpd prkara yg kita mahu lihat kerana kita anggap ia indah, entah berapa byk keindahan yg kita dah trlepas sbb kita tidak mahu memandangnya.


cut.MySpace
4

Congratulations, I Hate You!

Hari ni aku mncatat sjarah utk mmbenci. bgn ngan peno kemengantukan setlah smlm mndedikasikn diri utk mmbaca notes Hubungan Etnik. 9 bab semuanya. yg patot dibaca slama 1 sem di UKM, tp aku bjaya abes kn dlm masa kurang dari 3 jam. setlah 1 jam stengah membaca, mata dah kelabu. ini common sindrom yg dtunjuk dri spisis homosapien yg jrang mluangkn masa utk mmbaca slain dri blog, paper, manga serta iklan sale hardware PC. tetapi, trserlah ksungguhan aku utk mnuntut ilmu disaat esok (yakni hari ni) ada paper HE, smpy brusaha mncari kotak spek yg ntah mna aku buang, kini kmbli kt di meja lptop ni. (ya, aku rabun jauh) mata yg dah klabu sperti disuluh chaya spotlight ilmu, terang, mnyinari sgala yg trsmbunyi, menerangi nota HE yg cuma hitam putih tnpa sbarang gmbr. etcli, ada gmbr jersey Deco, aku pon taktau apa konsep yg cuba lctrer aku bawakn dgn ltak gmbr jersey Deco di dlm note HE yg mnceritakn asimilasi, akomodasi dan Alam Melayu. brgkali akomodasi budaya EPL dan HE.

MySpace

Hari ini juga aku msok Dewan DECTAR dgn peno harapan meja aku takde notis "ANDA DAH DI-BAR! BOLE BAWA BERAMBUS!" sbb antara byk2 subjek kt UKM ni, HE aku la pling srabut. bole bilang ngan jari bape kali aku msok klas (campur cuti2 yg salu jato pd ari isnin). sbb cuti byk kali sgt la kdg2 aku lupa aku ada klas HE ari isnin. tp rupanya aku tak di-bar. hati lega. pndang seblah, trsnyum kt group member aku, yg dah lama tak jumpa. (aku ketua group plak tu, snyum kian lebar bila sedari hakikat tu, dem!) siyes kali ni aku rse sgt ngantok. bape kali aku mnguap dlm dewan tu. nk jwb soklan pon cm nk mleleh air liur ni.

MySpace

Statement: AKU BENCI FORMAT JWPAN HE! LIFETIME GUARANTEE! ikhlas jujur dari hati.

Ada 50 soklan, stiap 1 soklan ada 5 jwpn dan stiap 1 dari 5 itu HARUS dihitamkn.
sdikit kuantum math: 50 x 5 x 1 = BANYAK! (aku da lupa sume sal math.. bkn, aku mahu lupakn math) pmbaziran solid carbon disitu. dah la sume jwpn pon (bg insan2 yg cpat lupa dan mls nk mngingat fakta dari buku) cam betol je. ltey aku nk itamkn sume, tp mgingat pesanan trun tmurun generasi trdahulu, "Kalo taktaw jwpn jgn jwb". brgkli ini teknik yg seswai utk mngurangkn pmbaziran carbon. maka aku praktikkn dgn bangganya.

Hari ni juga aku dah tertidur lpas asar. sistem bdn aku tak mmpu utk mnerima wktu tidur lpas asar. ble bgn, kompom mata da merah2, pening, mabuk, mudah terhempap muka pada sinki sbb nk baso muka, mudah trhempap muka sniri lg sbb trlupa pintu berkunci dan yg sama wktu dgnnya. plbagai perkara2 yg mmpu mmbahayakn muka aku akn brlaku jika aku tido lpas asar seakan2 karakter lelaki utama dlm final destination. pesanan, ingatkn sy jgn tido pas asar ye~ *wink2 kpd yg dtujukn itu*

MySpace

Hari ni juga, trlintas nawaitu di hati untuk mula brgiat aktif dlm seni traditional drawing (lukis2 katun la tu). sbb hari2 aku msok deviantart tgk hasil seni org len, trasa juga nk kmbli ke persada seni yg suatu masa dulu aku tlah tinggalkn ats sbb yg tak dpt dielakkn. kini mula utk mncari sentuhan seni yg dlunya aku bawa ngan peno rsa bangga stiap kali aku mmegang pensil untuk berseni. dan aku brharap sentuhan itu masih wjud, dan sntiasa kekal mnjadi klebihan yg telah dikurniakn kpd diri yg serba kkurangan ini.


cut.MySpace


aku dah nmpk sinar2 harapan subjek pe yg aku akn bnci sem dpn. slain math.

2

Every Art Paints a Fairytale

Mlm smlm diabeskn ngn mkn eskrem. trnyata sjak azali aku bknlah pminat stia eskrem, cuma skli skla mkn kalo tringin. aku lbey meminati coklat2 sperti kinder bueno, cadburry blackforest, dan all-time feveret, ferrero rocher yg trnyata sgt mhal dan maka jika aku beli, akan aku cuba sdaya upaya utk sorokkn nya dari pndangan adek2 aku. sntiasa bjaya. aku suka kuasa veto sorg abg yg pyayang. mreka sgt bruntung mmiliku abg sperti aku. titik noktah di situ.

MySpace

Smlm scara tiba2 aku trasa untuk tgk cite Forrest Gump. aku yakin aku tak penah tgk cite ni. tp upanya aku da penah tgk, tp tu pon part yg ujung2 lepas perang vietnam tu. maka aku pon konsentret la tgk cite ni tanpa memikirkan masa depan xm yg bkal mnjelma smula tak lma lg. statement jujur: aku sgt sukakn cite ni. ramai org mngatakan taste movie aku pelik, aku suka tgk cite Cloverfield, District 9, Sumo-lah, Setem, Up dan mcm2 lg. bg aku taste aku tak pelik, sbb aku suka cara jln cite yg digunakan utk mnyampaikn mesej cite,unik . maka Forrest Gump trgolong dlm kategori sgt mnarik. maka pg aku smlm dihiasi ngan muvi itu smpai subuh.



Hari ni pula. aku mngambil masa utk menjiwai lagu2 Alesana. kbyakan org takkn suke band ni sbb genre scream yg mreka bawa. tp aku suka band ni sbb lirik mreka sgt mndalam. tak perlu nak pening kpale sbb scream2 itu, jika taw lirik lagu2 mreka, lagu2 nya sgt indah. mcm Ambrosia, Apology, This Is Usually The Part Where People Scream dan lagu feveret aku The Last Three Letters. kalo lagu2 indah yg kurg scream, mgkin Billy Talent ngn lagu Surrender ngan Pins and Needles. walopon lagu2 simple atau semak, tp sbb lirik lagu tu bes, aku suka lagu tu. mnenangkn jiwa.


Indah. Itu sja yg pnting bg aku utk mghargai hasil2 seni.


cut. MySpace