Rabu, November 09, 2011

Balance Duit

PETANG semalam main futsal dengan member-member Kolej Sultan Abdul Hamid, jam 5 - 7 bertempat di Stadium Sports Planet, Mergong, Kedah. Program dihadiri 15 pemain futsal tanah air yang berbakat lebih besar dari Fernando Torres.

Bila main dengan performance yang hebat, pastilah akan rasa dahaga, maka aku pun pergi ke kaunter untuk membeli sekuntum air tin isotonik Revive yang diyakini dapat mengembalikan tenaga batin untuk sambung performance yang hebat.

"Bro, air Revive satu, tin." minta aku kepada brader kaunter #1.

"Sqinggit tujuh" ujar beliau untuk minta duit pula.

Aku hulur RM50.80 tulen duit Malaysia.

"Alamak, duit kecik tak dak?" tanya brader kaunter #1 sambil senyum tersipu-sipu.

"Tak dak la bro." jawab aku dengan yakin.

Brader kaunter #1 bawa berbincang dengan 2 orang lagi kawannya iaitu akak kaunter dan brader kaunter #2.

Apa yang mereka bincangkan?

"Eh, pat pluh lapan skupang ka pat pluh smilan skupang?" "lima pluh lapan kupang, tolak sqinggit tujuh, ha betui la pat pluh smilan skupang, kan?" "Brader kaunter #2! betui dak?" "Dak la sebab dia bagi lapan kupang sebab tu la pat pluh smilan."

Maka aku berdiri di depan kaunter selama 5 minit menunggu balance duit. Rasa macam nak menyampuk tapi orang kata tak baik menyampuk orang tua-tua bercakap.

Bukannya nak tunjuk pandai, tapi depan akak kaunter tu ada kalkulator.



#facepalm

2 komen:

  1. bagi sempoa, hat tu depa teeqa

    BalasPadam
  2. tambah lagi skupang , tutup kedai terus abg kaunter tuh haha

    BalasPadam