MEME. Apa itu meme?
Ya betul tu. Kalau anda selalu masuk ke laman sesawang 9gag, anda akan tahu bahawa meme tu bukan nama awek atau nama samaran mana-mana artis wanita Malaysia.
Mengikut definisi yang diberi oleh Princeton University, meme bermaksud,
"A cultural unit (an idea or value or pattern of behavior) that is passed from one person to another by non-genetic means (as by imitation)"
Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai 140% pula, Wikipedia, meme ialah,
"An idea, behavior or style that spreads from person to person within a culture."
Jadi, meme ialah ini,
Kalau tak faham tolong google.
Meme ialah satu perkara dalam dunia yang sangat serius hingga ada cabang ilmu diwujudkan sekitar tahun 1990-an iaitu "memetics" yang mengkaji konsep dan penyebaran meme.
Serious shit.
Dalam kehidupan seharian pula, sekiranya pemahaman aku tidak melencong jauh sampai nak meludah mahasiswa, meme ialah,
"Aku ludah, dow."
"Pergh, nak ludah mahasiswa sial."
Nope. Contoh diatas bukan meme sebenarnya. Saja letak.
Tahukah anda Beatles adalah contoh meme. Sebab lagu yang mereka bawa yang anda mungkin tersiul-siul setiap petang lepas meludah adalah meme. Lagu yang dibawa masih hidup walaupun Beatles dah lama terpenyek.
Jadi lepas ni kalau anda jumpa gambar macam ni,
Ini adalah meme. Bukan wajah sengih atau muka ada tangan-tangan. Tapi meme.
That's all. A troubled mind indeed.



in business term its call mind branding...cth plg senang milo, padahal milo is brand of chocolate malt drink
BalasPadam