PROGRAM sehari bersama sepupu-sepupu dimeriahkan dengan pemandangan indah di waktu sesak di pusat membeli-belah dan mencuci mata terkemuka, The Curve.
Yep, lots of curves alright.
Yep, lots of curves alright.
Dengan minda yang telah dikunci untuk semata-mata menonton wayang, maka segala jenis curves dan variasi warnanya diabaikan sama sekali.
4:40PM. Misi bermula.
Shit. Lupa beli popcorn.
Ni adalah movie yang aku rasa sangat penat nak tengok sebab si Ethan Hunt asyik lari tak berhenti dan untuk mengurangkan sifat cliche cerita hero omputih, Ethan akan sentiasa tergelincir sikit dari mana-mana target yang dia nak lompat, dilengkapi latar bunyi yang mencadangkan seluruh badannya hampir patah bila dia silap landing, tapi,
masih boleh bangun lari kejar kereta.
Apadahal.
Apa yang kita boleh pelajari dari cerita mustahil ni?
1. Penjara yang antara tercanggih di dunia dengan sistem locking-system terkini cuma renovate pintu saja, dinding lantai semuanya masih kualiti 6-hari-siap.
2. Awek-awek cantik ada kebarangkalian yang tinggi bekerja sebagai pembunuh upahan atau agen rahsia negara.
3. Agen rahsia negara boleh terjun mana-mana bangunan tanpa luka, tapi kalau kena tendang dengan orang jahat, boleh patah kaki.
4. Kalau anda bercuti di Dubai, lagi-lagi menginap di Burj Khalifa, anda boleh batalkan niat nak main DoTA sebab Garena mesti kena block dengan 4-level-high-security-firewall. Laman porn apatah lagi. Tapi jangan risau, aras server tak ada cctv mahupun pak guard.
5. Tempat parking kereta yang mahal dan canggih tak menjamin keselamatan kereta anda.
6. Apple adalah mengeluar perkakasan komunikasi untuk agen rahsia yang rasmi.
Movie yang menarik. Tonton kalau ada masa terluang dan rasa malas nak study untuk final exam.
Impossibruuuu!!

Aku tengok sebab ada Jeremy Renner je. *drool dengan mata berkaca2*
BalasPadamaku tengok sebab Sherlock Holmes 2 tak ada seat. damn.
BalasPadamSherlock Holmes aku dah tengok dari hari 1st dia keluar wey. Lambat ah kauuuuu
BalasPadam